Vanessa Carlton muncul dengan ‘A Thousand Miles’ sewaktu saya berada dalam tahun ke-3 pengajian universiti di Indiana, US. Dipakej dengan sentuhan piano ikonik selaku intro, irama feminin yang terhasil luar biasa menenangkan. Berbulan-bulan jugalah mp3 lagu tersebut berada dalam playlist Winamp.
Dua tahun kemudian, muncul filem White Chicks. Ada satu babak dalam filem tersebut yang telah merubah definisi mahakarya Vanessa Carlton buat seluruh umat manusia sejagat. Sehingga ke hari ini, saya tak mampu dengar lagu A Thousand Miles tanpa tergelak kecil. Seawal intro petikan piano sahaja saya dah terbayang wajah bengis Terry Crews menggeleng-geleng kepala.
Apa-apa pun, lelaki ini seorang individu yang sangat berbakat besar. Tahukah anda, Terry Crews juga seorang pelukis potret yang hebat?