Catatan Pengembaraan Seorang Flowerman – Sedutan Bab 1

Catatan Pengembaraan Seorang Flowerman Shah Ibrahim Preview Tarikh n lokasi Catatan Pengembaraan Seorang Flowerman Shah Ibrahim Preview 1

Amacam Shah, kau rasa Jasmine akan suka tak?

Eh, apasal kau tanya aku? Aku bukannya pandai bab-bab cincin.

Alahhh… Kau kan artistik dan berjiwa seni… Keh… Keh… Keh…

Banyaklah kau punya seni! Sejak bila kau rancang semua ni, Ez? Seriously, aku tak pernah tahu pun yang kau ada ‘something’ dengan Jasmine selama ni.

Agak lama dah, bro. Cuma takde sesiapa maklum. In fact, KAU orang pertama dalam komuniti sini yang aku kasi tahu. Kau jangan pergi cerita kat orang lain pulak. Dah bersedia kelak, tahulah aku umum sendiri.

Faham. Takde hal, Ez. Jadi, kau plan nak propose Jasmine lah kejap lagi? Wah, bukan main! Western style.

Catatan Pengembaraan Seorang Flowerman Shah Ibrahim Preview 2

Propose apa-ke-benda, Shah? Dia dah setuju. Hal bertunang, parents aku akan setelkan kat Malaysia. Cincin ni nanti aku passing kat sepupu aku, since dia balik Malaysia minggu depan. Maisarah, budak Liverpool. Kau tak kenal, kot? Setiba raya nanti, Jasmine pulak akan pulang sorang untuk majlis pertunangan kami.

Maknanya, kau tak balik sekali?

Tak boleh, bro. Aku plan nak pohon cuti panjang untuk wedding nanti. Jadi, kenalah berkorban sikit sekarang. Lagipun, aku nak buat over-time lah sebulan dua ni. Kumpul duit lebih buat belanja majlis. Kau pun tahu kan, cleaner macam kita ni bukannya boleh ambik cuti lama-lama? Sia-sia aje syif melayang pergi ke puak Poland.

Errr… Ezra, aku fikir elok kau simpan dulu cincin tu. Mat salih sekeliling dah mula usyar kita semacam. Sebelum diorang bangkit tepuk tangan, main biola dan ucap tahniah…

Catatan Pengembaraan Seorang Flowerman Shah Ibrahim Preview 3

Oh, betul jugak tu. Aku pun tak perasan tadi. Sorry.

Catatan Pengembaraan Seorang Flowerman Shah Ibrahim Preview 4

Urm… Shah. Aku sebenarnya ada hajat. Itu pasal aku ajak kau datang ke mari.

‘Hajat’ macam mana tu?

Ingat tak duit £300 yang kau pernah kasi pinjam dulu? Aku mintak tangguh bayar hutang lewat sikit, boleh? Sekarang ni banyak perlu guna duit.

Catatan Pengembaraan Seorang Flowerman Shah Ibrahim Preview 5

Takde hal, bro. Aku faham. Bila kau OK, kau bayarlah. No pressure.

Thanks, Shah. Lega aku. Tuhan aje yang boleh balas budi baik kau. Aku pun tak tahu dah cemana nak balas.

Catatan Pengembaraan Seorang Flowerman Shah Ibrahim Preview 6

Senang aje… Kau bayar balik hutang aku double nanti. MuaHaHa!

Woi, haram tu, bro! Hah, itupun Jasmine dah sampai. Join kitorang makan sekali, Shah. Aku belanja.

Catatan Pengembaraan Seorang Flowerman Shah Ibrahim Preview 7

Takpe kot, Ez. Aku kena gerak dulu. Aku datang ni pun sebab kau kata ada hal urgent. Aku ingat apa lah tadi. Rupa-rupanya, pasal duit. Don’t worry about it.

Catatan Pengembaraan Seorang Flowerman Shah Ibrahim Preview 8

And by the way, congrats! Kau sangat bertuah. Jasmine bukan calang-calang.

Catatan Pengembaraan Seorang Flowerman Shah Ibrahim Preview 9

Terima kasih banyak-banyak, Shah.

Catatan Pengembaraan Seorang Flowerman Shah Ibrahim Preview 10

Aik, Shah pun ada kat sini? What a pleasant surprise!

Hi, Min. Apa khabar?

Sihat. Alhamdulillah. Shah nak gi mana? Tak join kitorang?

Catatan Pengembaraan Seorang Flowerman Shah Ibrahim Preview 11

I would really love to, Min. Tapi, eksperimen saya tengah running kat lab. Bahaya kalau ditinggalkan lama-lama. Tak pasal-pasal meletup. Nauzubillah.

Fuyoh, rajinnya! Friday Night pun lepak lab? Macam ni punya pulun, Shah gerenti grad awal.

InsyaAllah, ameeeen. Doakan, ya? Oh, saya baru tahu hari ni… Tahniah, Min! Saya tumpang gembira.

Thanks! I’m SO happy, too. Shah pulak, bila nak settle down?

Catatan Pengembaraan Seorang Flowerman Shah Ibrahim Preview 12

Diturutkan hati, sebenarnya saya baru aje plan nak tackle Min. Tup-tup, si Ezra dah potong jalan. Aduhai, melepas!

HAHAHAHAHA. Ada-ada jer lah, Shah ni…

OK, Min… Saya gerak dulu. Assalamualaikum.

Waalaikumussalam. Bye, Shah.

Catatan Pengembaraan Seorang Flowerman Shah Ibrahim Preview 13 Catatan Pengembaraan Seorang Flowerman Shah Ibrahim Preview 14 Catatan Pengembaraan Seorang Flowerman Shah Ibrahim Preview 16

Peringatan: Bagi keselesaan pembacaan pengunjung blog, format naratif telah diolah sedemikian rupa. Versi buku bercetak adalah berformat komik sepenuhnya seperti paparan di bawah. Harap maklum.

Catatan Pengembaraan Seorang Flowerman Shah Ibrahim Actual Page Spread

Rujukan Tambahan:

Baca sinopsis Catatan Pengembaraan Seorang Flowerman

Ulasan: Apa kata pembaca?

Beli buku Catatan Pengembaraan Seorang Flowerman

Sertai Mailing List
I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )
Sertai mailing list MrFlowerman Studio bagi mengikuti perkembangan semasa projek-projek terkini.
Kami turut membenci spam. E-mel anda tidak akan sesekali dikongsi dengan pihak lain (Mail Chimp sekadar servis perantara).