Sekuntum Bunga Bernama Jasmine

Sekuntum Bunga Bernama Jasmine Tarikh Lokasi Sekuntum Bunga Bernama Jasmine Shah Ibrahim TheMrFlowerman 1 Sekuntum Bunga Bernama Jasmine Shah Ibrahim TheMrFlowerman 2 Sekuntum Bunga Bernama Jasmine Shah Ibrahim TheMrFlowerman 3 Sekuntum Bunga Bernama Jasmine Shah Ibrahim TheMrFlowerman 4 Sekuntum Bunga Bernama Jasmine Shah Ibrahim TheMrFlowerman 5 Sekuntum Bunga Bernama Jasmine Shah Ibrahim TheMrFlowerman 6 Sekuntum Bunga Bernama Jasmine Shah Ibrahim TheMrFlowerman 7

Sedutan babak daripada Prelud Balada West Yorkshire (PBWY).

Masih dalam fasa pembikinan, PBWY bakal menjadi prekuel kepada Catatan Pengembaraan Seorang Flowerman (CPSF). Lebih spesifik lagi, naratif meletak fokus pada rentetan peristiwa yang berlaku setahun sebelum kisah-kisah dalam CPSF. Mengekalkan konsep yang serupa, PBWY juga senaskhah novel grafik berwarna.

Cuma skim warna yang bakal disaji kali ini ketara berbeza dengan tona sepia penuh melankoli yang telah menjadi identiti siri CPSF.

Memandangkan PBWY mengandungi banyak adegan flashback mengiringi naratif utama, saya cuba bereksperimentasi dengan kombinasi kepelbagaian warna agar lompatan masa tidak mengelirukan para pembaca. Berbanding novel bertulis yang bergantung penuh pada aksara semata-mata, ini salah satu kelebihan format komik yang tersangatlah rugi sekiranya tidak dimanfaatkan. Nama pun ‘novel grafik’.

Pada asalnya, saya menggunakan flat gray scale. Hitam putih semata-mata ala-ala cetakan surat khabar. Terasa hambar pula. Lantaran itu, percikan magenta kemudiannya ditambah dalam usaha menambah seri. Maklum saja, komik jiwang. Terus terang kata, saya berpuas hati dengan hasilnya.

Oh, siapakah gadis tersebut (anda bertanya)? Apakah kaitannya dengan Lily Suryanie dalam CPSF? Dan lebih penting lagi, kenapa dia menangis?

Segala persoalan ini bakal dirungkai dalam Prelud Balada West Yorkshire.

InsyaAllah, saya akan terbit sendiri sejurus cukup modal. Sementara itu, anda boleh membantu tabung kecil MrFlowerman Studio dengan cara membeli dua komik pertama atau tolong promosi kepada kawan-kawan seramai mungkin. Sokongan anda dalam hal ini amatlah dihargai. Kalian memang awesome!

Majulah komik untuk negara.

Tanpa pembaca, siapalah penulis.

Sertai Mailing List
I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )
Sertai mailing list MrFlowerman Studio bagi mengikuti perkembangan semasa projek-projek terkini.
Kami turut membenci spam. E-mel anda tidak akan sesekali dikongsi dengan pihak lain (Mail Chimp sekadar servis perantara).