Simfoni Sky Plaza

Simfoni Sky Plaza Tarikh Lokasi Simfoni Sky Plaza Shah Ibrahim TheMrFlowerman 1 Simfoni Sky Plaza Shah Ibrahim TheMrFlowerman 2

Aku sengaja pulun kerja lebih masa di makmal Terahertz malam tadi dengan harapan tak perlu ke kampus langsung hari ini. Petang semalam ada sepotong mesej pesanan ringkas masuk tentang kekosongan syif kerja bersama Crown Ace sekitar tengahari sekejap lagi. Bab buat duit saku, aku pantang lepaskan.

Simfoni Sky Plaza Shah Ibrahim TheMrFlowerman 3

Konon-konon bolehlah tidur dahulu dalam usaha mengumpul tenaga. Itulah perancangan asal aku sebelum dikejutkan oleh panggilan telefon daripada Ezra.

Simfoni Sky Plaza Shah Ibrahim TheMrFlowerman 4

“Bangor lagi? Kau buat apa kat Wales?” Aku bertanya.

Simfoni Sky Plaza Shah Ibrahim TheMrFlowerman 5

Kata Ezra, ada emergency. Dia juga seakan malas hendak bercerita. Prinsip aku mudah sahaja. Kalau orang tak mahu berkongsi, aku pun malas hendak korek lebih-lebih.

“Ezra, aku no hal nak tolong… Tapi, takde orang lain ke yang boleh drive? Aku takde lesenlah,”

“Shah, this girl tak campur sangat dengan komuniti Melayu kat sini. Kau tolong, eh? I’ll owe you one, bro!” Cubaan Ezra memujuk.

“Hmm, Ok lah… Ok lah…” Aku terpaksa bersetuju. Kemeja disarung. Rambut diikat. Topi dicapai.

Tanpa sempat mandi mahupun bersarapan, aku menaiki bas tambang ke rumah Ezra. Pewangi Polo Sport berbaki suku botol kusembur berpada-pada agar diri tidak disalah anggap sebagai gelandangan.

Simfoni Sky Plaza Shah Ibrahim TheMrFlowerman 6

Macam biasa, pintu rumahnya tak pernah berkunci. British sungguh! Aku selamba masuk untuk mengambil kunci kereta lantas memandu Vauxhall terpakainya kembali ke universiti. Walaupun tiada nilai di sini, lesen Malaysia aku yang selama ini terperam dalam laci dibawa juga sebagai bekal.

Simfoni Sky Plaza Shah Ibrahim TheMrFlowerman 7

Harap-haraplah tiada roadblock. Oh, ya… Memandu sambil menggunakan telefon bimbit adalah satu kesalahan.

“Ezra, Sentinal Towers ni yang mana satu? Aku tak berapa ingatlah.”

Simfoni Sky Plaza Shah Ibrahim TheMrFlowerman 8

“Ala, bro… Takkan kau dah lupa spot yang kita nyaris gaduh dengan geng pondan Pakistan dulu?”

“Oh, ok… OK. Aku rasa aku tahu.”

Simfoni Sky Plaza Shah Ibrahim TheMrFlowerman 9

By the way, Shah… Nama awek ni Azalea.”

Ternyata aneh mendengar seseorang pelajar berpindah kediaman di luar musim tatkala semester sedang rancak berjalan. Apatah lagi pada awal pagi hari bekerja tengah-tengah minggu sebegini. Lazimnya jikalau penyewa hendak lari dari tuan rumah sewa, lepas tengah malam waktu paling afdal.

Setiba di perkarangan Sentinal Towers, aku nampak seorang gadis Melayu duduk termanggu di tangga bertentangan himpunan kotak berwarna-warni. Aku tak pasti sudah berapa lama dia menunggu.

Simfoni Sky Plaza Shah Ibrahim TheMrFlowerman 10

“Ezra janji dengan dia pukul berapa agaknya?”

Berdasarkan gerak tubuh si gadis yang tampak lemau berserta rambut yang sedikit kusut, aku fikir dia baru sahaja bangun dari tidur (atau belum tidur?). Kerutan seribu pada wajahnya tatkala aku tampil menghampiri, jelas menunjukkan yang dia langsung tak menahu tentang perubahan rancangan pagi ini.

Simfoni Sky Plaza Shah Ibrahim TheMrFlowerman 11

“Hi, awak Azalea ke? Saya Shah. Member Ezra. Ezra ada last minute emergency. So, dia mintak saya tolong awak pindah.”

“Oh, is that so? Sorry I didn’t recognize you. You baru ke kat sini?”

“Hmm, lebih kuranglah.”

Simfoni Sky Plaza Shah Ibrahim TheMrFlowerman 12

“Thank you so much for lending a hand. Just call me Lea, OK?”

“Orait. Jadi kita nak angkut barang-barang ni semua ke mana, Lea?”

Simfoni Sky Plaza Shah Ibrahim TheMrFlowerman 13

“Sky Plaza. Nanti I tunjuk jalan.”

Pada kebiasaannya, seseorang pelajar akan keluar dari university hall of residence ke tempat yang jauh lebih murah. Tetapi, ini pula sebaliknya. Setahu aku, kadar sewa bulanan di Sky Plaza sekitar dua kali ganda daripada apa yang perlu aku bayar untuk St. Mark’s.

Semakin teruja diriku dengan misteri di sebalik perpindahan mengejut ini. Azalea self-sponsored student gamaknya. Anak lord. Berbekalkan biasiswa kerajaan semata-mata, agak kurang bijak buat seseorang menyewa di lokasi-lokasi elit seperti Sky Plaza. Sekadar pandanganku yang berpoket kosong.

Kotak-kotak tersedia susun di laman parkir Sentinal Towers boleh tahan banyak juga. Banyak untuk dimiliki oleh hanya seorang. Mungkin ini normal bagi seorang perempuan? Berbeza sungguh dengan aku.

Dua tiga helai persalinan yang sama aku pakai berulang-kali secara bergilir. Mula berbau, barulah fikir nak basuh. Komuniti Malaysia di West Yorkshire sedia memberi testimoni. Shah Ibrahim tiap-tiap hari berpakaian serupa.

Apakan daya, selagi boleh jimat, aku jimat. Kalau boleh, sabun yang aku pakai semasa mandi itulah juga aku nak guna untuk syampu rambut serta basuh pinggan.

Careful, ye Shah. This one ada barang kaca.”

Simfoni Sky Plaza Shah Ibrahim TheMrFlowerman 14

Berbalik kepada urusan pemindahan barang-barang Azalea, aku jangka satu perjalanan sudah memadai jikalau kesemuanya berjaya disumbat rapi ke dalam Vauxhall Ezra. Makna kata, sekali harung. Sejujurnya, aku cuak berulang-alik dengan kereta ekoran tiada lesen UK.

Kini pula West Yorkshire Police semakin kerap menahan pemandu secara rambang dalam usaha menangkap pendatang haram. Aku tahu setelah ramai teman-teman senegara berkategori overstayer dihantar pulang gara-gara terkantoi sewaktu sekatan jalanraya. Masing-masing digari masuk van. Esoknya, terus naik kapal. Sebagai bonus, banned from reentering the UK.

Tak dinafi, kesalahan trafik memanglah jenayah kecil memandangkan aku memiliki dokumen perjalanan yang sah. Namun, sebaik mungkin aku tak mahu ada sebarang rekod hitam jika ditakdirkan bertemu jodoh dengan seorang minah bermata biru nanti. Takut menyukarkan permohonan Permanent Residence (PR) kelak.

Amboi, berangan!

Simfoni Sky Plaza Shah Ibrahim TheMrFlowerman 15

Himpunan kotak-kotak Azalea mencetuskan rasa geli hati. Hampir kesemuanya kotak jenis hiasan yang sering dilihat di kedai-kedai cenderamata ala-ala Kaison. Nipis, lembut, tidak bergam dan penutupnya pula sekadar tudung letak. Sama ada kalian mahu percaya atau tidak, di dalam kotak jenis ini juga dia pergi letak segala pinggan mangkuk kaca. Aku pula naik seriau.

Salah satu kotak yang aku angkat tadi agak ringan dan tak berlabel berbanding yang lain. Dalam bab angkut-mengangkut barang ini memang seronok pabila terjumpa kotak ringan sekali-sekala. Otot lengan dapatlah berehat sejenak melepas lelah.

Simfoni Sky Plaza Shah Ibrahim TheMrFlowerman 16

Hendak dijadikan cerita sewaktu aku berjalan menuju bonet, kotak misteri yang dimaksudkan itu tiba-tiba terburai dari bawah (gara-gara tidak dipasang dengan kemas). Maka, bertebaranlah ‘rama-rama’ di atas lantai perkarangan tempat letak kereta Sentinal Towers.

Simfoni Sky Plaza Shah Ibrahim TheMrFlowerman 17

Ada yang berenda-renda. Ada yang berbunga-bunga. Ada yang bertompok harimau bintang. Paling banyak bercorak polka-dot. Aku menjadi serba-salah. Patutkah aku tolong kutip? Dilema yang dihadapi di kala itu jauh lebih getir berbanding senario memotong dua wayar sewaktu cubaan mematikan bom jangkamasa. Cukuplah sekali aku pernah dilabel pervert. Tetapi itu perkongsian untuk nukilan lain.

“Oh, sh*t! I should’ve sealed the bottom more properly. Shah, could you please pick those up?”

Simfoni Sky Plaza Shah Ibrahim TheMrFlowerman 18

Permintaan Azalea berjaya mematikan dilema yang sedang kuhadapi. Difikir secara rasional, apa yang hendak dimalukan? It’s just pieces of clothing. Lagipun, aku sendiri ada emak dan kesemua adikku perempuan.

Kotak malang yang terburai aku pasangkan kembali ala kadar. Seberapa pantas, ‘rama-rama’ yang terlepas tadi aku masukkan semula ke dalam kotak tersebut. Cuma kali ini, bahagian bawah aku tampan padu agar tidak terburai lagi. Do not let banana fruit two times, kata pepatah orang putih.

Simfoni Sky Plaza Shah Ibrahim TheMrFlowerman 19

Kenderaan dipacu sejurus bonet ditutup. Sepanjang perjalanan dalam kereta, kami langsung tidak berbual. Tiada basa-basi. Azalea kelihatan sebak dan kalau tak silap pandangan mataku, beberapa kali juga matanya berkaca. Aku terasa serba-salah.

“Eh, takkan malu kot?” Bisik hati.

Namun, aku tak berani bertanya apa-apa sehingga kami tiba di parkir Sky Plaza.

Simfoni Sky Plaza Shah Ibrahim TheMrFlowerman 20 Simfoni Sky Plaza Shah Ibrahim TheMrFlowerman 21

“Lea, awak OK?”

“I’m fine, Shah. Just tired I guess.”

Nampak sangat dia cuba ukir senyuman palsu sambil mengesat tangisan yang ingin diselindungi. Mendengar penjelasannya sedemikian, pertanyaanku terbantut di situ.

Simfoni Sky Plaza Shah Ibrahim TheMrFlowerman 22

Fuh! Bangunan Sky Plaza ternyata gah. Letaknya sungguh berdekatan dengan Leeds City Center. Patutlah sewa mahal. Enjin Vauxhall aku matikan. Barang-barang kami turunkan dari kereta secara berfasa.

Keluarkan sedikit, kunci bonet, usung ke bilik, kembali  ke parkir dan ulang. Aku perasan kotak ‘rama-rama’ tadi yang pertama sekali Azalea capai. Lantas dirangkulnya rapat ke dada. A wise move. A wise move indeed.

Simfoni Sky Plaza Shah Ibrahim TheMrFlowerman 23

Mujur biliknya di aras utama. Tambah memudahkan kerja. Usai mengangkut barang, Azalea mempelawaku bersarapan di luar. Dia mahu belanja sebagai membalas jasa. Kata orang tua-tua, rezeki jangan ditolak. Musuh jangan dicari.

Sungguhpun lapar, aku terpaksa menolak kerana masih perlu memulangkan semula kereta Ezra sebelum menuju agenda utama. Ini pun barangkali sudah terlambat untuk syif tengahari bersama Crown Ace. Harap-harap mereka tak serah syif aku kepada orang lain.

Buat kalian yang tertanya-tanya, kerja aku sebenarnya ialah susun angkut kotak ke dalam gudang bagi pihak syarikat logistik tersebut. Kerja kuli. Off-record. Dapat tunai terus ke dalam tangan.

Cuma hari ini tangan aku dah sedia lenguh sebelum mula syif. Adoi.

“Urm, I’m actually already late for work. Can I take a rain check?”

“Sure. Some other time, then.” Azalea bersetuju dengan cadangan.

Simfoni Sky Plaza Shah Ibrahim TheMrFlowerman 24

Sebelum berpisah, kami sempat bertukar nombor telefon. Dia yang minta. Kalau hendak mengharapkan aku yang pemalu tahap dewa untuk bertindak dahulu, jangan haraplah.

Sekembali ke kereta, aku berasa puas kerana berjaya meringankan beban individu yang mungkin adik atau kakak (tetapi pastinya anak gadis) seseorang. Sesama perantau, kita seharusnya saling bantu-membantu.

Teringat aku kepada kata-kata P Ramlee, “Hari ini saya tolong saudari. Esok-esok, saudari pula tolong saya.”

Ehem. Ehem.

Nota:

Masih dalam fasa pembikinan, episod ini merupakan sedutan prekuel kepada novel grafik Catatan Pengembaraan Seorang Flowerman. Buat anda yang belum membaca CPSF, jemput dapatkannya sekarang sementara stok masih ada 🙂 

Sertai Mailing List
I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )
Sertai mailing list MrFlowerman Studio bagi mengikuti perkembangan semasa projek-projek terkini.
Kami turut membenci spam. E-mel anda tidak akan sesekali dikongsi dengan pihak lain (Mail Chimp sekadar servis perantara).