Bagi sesetengah subjek teknikal, pelajar-pelajar Purdue University jurusan EE sezaman saya diberi izin membawa masuk cheat sheet semasa peperiksaan.
Cheat dalam erti kata menipu/meniru.
Sheet dalam erti kata helaian/lembaran.
Daripada gelaran sahaja, fungsinya jelas ketara.
Sehelai kertas bersaiz A4 sepatutnya terisi formula rujukan semata-mata (kami boleh pakai kedua-dua belah helaian). Namun, siapa yang tidak mahu mengambil peluang menyumbat isi keseluruhan buku teks? Secara teknikalnya tidak salah.
Lantaran ini, tulisan masing-masing terpaksa dikecilkan sehalus mungkin atau diolah kepada simbol dalam usaha menambah apa yang dirasakan perlu. Sampai tahap kadang-kadang saya pun terlupa akan maksud di sebalik simbol-simbol yang ditulis sendiri.
Sekilas pandang dah macam surat pajak gadai cerita P Ramlee.
p.s. Kalau saya auction cheat sheet bagi subjek Optical Semiconductor ini, agak-agaknya berapa ringgitlah boleh dapat?