Catatan Harian Seorang Flowerman

Sampel Catatan Harian Seorang Flowerman

Suatu ketika dahulu, saya pernah lancar beberapa siri webkomik. Salah satunya Catatan Harian Seorang Flowerman. Tetapi telah dihentikan atas sebab-sebab peribadi. Atau dalam bahasa saintifiknya, malas.

Itulah saya, insan tamak. Semua benda nak buat. Nak menulis. Nak melukis. Nak buat komik. Nak buat kraf. Nak gubah lagu. Nak jual minyak. Dan macam-macam lagi. Kata para bijak pandai, individu berbintang Aquarius cenderung begini.

Pada saya, kunci kejayaan sesebuah webkomik yang sering dilepas pandang ialah konsistensi. Kualiti idea serta kecantikan lukisan soal kedua. Sayang sekali, aspek konsistensi ini tak semua kartunis mampu jaga. Lebih-lebih lagi yang berkarya secara sambilan. Di mana nak korek masa?

Apa jua pun, keterlanjuran membuat webkomik ini ternyata tak sia-sia sebab gaya lukisan serta watak-watak ini akhirnya saya serap ke dalam projek lain. Barangkali ada yang kenal… Itu si Takiyuddin, protagonis utama Taki & Dira (2013).

Retrospektif Taki & Dira (Bahagian 2)

Taki & Dira Shah Ibrahim TheMrFlowerman Splash Page

Concept Taki Dira Shah Ibrahim TheMrFlowerman 1 Concept Taki Dira Shah Ibrahim TheMrFlowerman 2 Concept Taki Dira Shah Ibrahim TheMrFlowerman 3 Concept Taki Dira Shah Ibrahim TheMrFlowerman 4 Concept Taki Dira Shah Ibrahim TheMrFlowerman 5 Concept Taki Dira Shah Ibrahim TheMrFlowerman 6

A picture is worth a thousand words.

Sepanjang alam persekolahan dahulu, saya fikir ayat buku teks ini membawa maksud literal. Gambar selaku pengganti patah kata.

Tona langit biru tak perlu digambar. Butiran bentuk kepul-kepul awan tak perlu diungkap. Malah, corak pancaran matahari yang menembusi lopong-lopong celah awan tadi juga tak perlu dihurai penuh deskriptif. Setempek foto cukup merumuskan secara visual yang ‘cuaca elok’.

Dalam pada itu, tidak pernah terlintas pula di minda ini yang ‘a thousand words’ turut merangkumi aspek interpretasi. Dari satu sisi, memang benar sekeping gambar mampu merumuskan kata. Tetapi jangan lupa, dari satu sisi yang lain pula sekeping gambar bisa membawa seribu makna.

Barangkali sebab inilah kelompok penghargai seni tiada masalah menghabiskan masa berjam-jam berdiri merenung satu demi satu lukisan di galeri. Sang pengunjung sebenarnya sedang cuba berkomunikasi dengan pengkarya tanpa kehadiran tuan/puan empunya kanvas di sisi. Situasi sinonim dengan proses penghayatan senaskhah novel. Ada mesej yang ingin disampaikan oleh penulis.

Jikalau sebuah lukisan statik sahaja boleh mencetus pelbagai interpretasi, apatah lagi siri lukisan. Terserah kepada imaginasi sang pemerhati bagi mengisi kelopongan antara rentetan adegan. Ini antara nikmat penghayatan senaskhah novel bisu. Tanpa naratif. Tanpa dialog. Semua orang melihat dengan pandangan mata berbeza berbekalkan latarbelakang budaya, bias serta prejudis tersedia wujud dalam diri.

Format animasi pula sekurang-kurangnya boleh juga diiringi muzik atau efek bunyi dalam usaha mendorong ‘mood’ penonton ke arah konklusi tertentu. Malang sekali, teknik ini tak dapat dimanfaat dalam pembikinan novel bisu yang bercetak. Tanpa naratif mahupun dialog juga, konflik yang boleh diketengahkan sebagai plot juga sangatlah terbatas.

Adegan 6-panel iringan merupakan sebahagian daripada draf awal sewaktu menjejak konsep sesuai buat projek Taki & Dira (2013). Adegan rambang dalam fasa eksperimentasi dan langsung tiada kena mengena dengan skrip akhir yang telahpun siap di persimpangan cerita. Berbanding gaya serius ilustrasi Catatan Pengembaraan Seorang Flowerman (2012), saya ingin mencuba pula sesuatu yang ‘comel’. Selari dengan jiwa skrip.

Tanpa naratif mahupun dialog, sepatutnya tidak timbul isu keperluan penterjemahan tatkala melangkaui sempadan Geografi. Itu sangkaan serta harapan saya pada mulanya. Buat pengetahuan kalian yang belum sedia maklum, Taki & Dira sebenarnya dibikin untuk pasaran Jepun.

Sungguhpun ramai yang nampak nilai dakwah di sebalik humor (setelah saya muat naik demo ini ke Facebook serta blog), lain pula respon yang saya terima dari sudut pandang kawan-kawan mat saleh.

Kata mereka, watak sang jejaka disifatkan tidak beradab gara-gara tidak menyambut jabat si gadis. Satu sisi yang langsung tidak terlintas di minda ini saat melukis. Tak dinafi, munasabah juga pendapat mereka walaupun (dari segi logik) watak gadis yang sengaja dilukis berhijab sudah memadai sebagai pembayang punchline.

Tiba-tiba, saya kena turun padang menjelaskan situasi. Haha.

Barulah saya sedar. Sungguhpun berpotensi melangkaui sempadan geografi serta bahasa, risiko salah faham tetap ada dari sudut pandang resam budaya setempat. Ini cabaran tersembunyi di sebalik format novel bisu.

Demo Taki & Dira ini baru contoh remeh (tidak masuk pun dalam versi akhir novel yang kini berada di pasaran). Bagaimanalah pula agaknya situasi andai kata interpretasi lukisan sampai tahap menyinggung perasaan kelompok tertentu?

Nampak gaya, banyak lagi perlu saya belajar.

Sinopsis Taki & Dira

Feature Photo For Sinopsis Taki & Dira Shah Ibrahim TheMrFlowerman

Tiada naratif. Tiada dialog. Taki & Dira ialah senaskhah komik bisu berkisar persahabatan beberapa orang perantau warga Malaysia di New York. Kisah flksyen yang mengambil inspirasi daripada pengalaman peribadi penulis.

error: Content is protected !!