Untuk naskhah pertama bersama Karangkraf kali ini, pihak penerbit sudi mengalu-alukan input daripada saya buat rekaan kulit hadapan.
Agar selari dan berharmoni dengan 10 judul sedia ada dalam koleksi Karangkraf K-Lit, saya mula memerah akal.
Lakaran kasar ini idea spontan pertama yang menyapa fikiran. Stok kertas A4 putih di rumah pula kebetulan habis. Jadi, saya terpaksa manfaatkan sahaja kertas yang ada.
Kenderaan panjang yang dipapar itu ialah hearse yang lazim digunakan buat mengangkut jenazah di negara-negara sebelah Barat.
Pandangan sisi kenderaan sengaja dipilih supaya keranda (objek penting) lebih menyerlah secara visual.
Kepungan pepohon white birch di laluan sempit hutan pula saya tambah bagi mewujudkan ancaman klaustrofobia.
Foreground hutan yang kosong pula cukup ngam bagi menyusun atur judul serta nama penulis.
Dari sudut skim warna, saya terdorong ke arah purple/blue color palette. Segala input ini disalurkan kepada in-house designer Karangkraf yang awesome.
Berkat sesi brainstorming, tiga design masuk senarai pendek. Terus-terang kata, saya cukup berkenan dengan ketiga-tiga rekaan yang dihasilkan oleh designer Karangkraf. Mana satu pun yang pihak penerbit pilih, saya bersetuju.
Rekaan yang sampai ke tangan anda ialah pemenang undi majoriti (secara internal voting).