Welcome to Derry

Bill Skarsgard as Pennywise The Clown Pencil Sketch By Shah Ibrahim
Saya teruja menanti siri TV adaptasi novel epik ‘It’, karya Stephen King yang dijadualkan muncul sekitar hujung tahun ini. Pelakon Bill Skarsgard kekal memegang watak sebagai badut Pennywise.
Diberi judul Welcome to Derry, adaptasi kali ini dipetik daripada bab-bab selingan novel asal. Naskhah ‘It’ dalam koleksi peribadi saya pun setebal 1376 muka surat. Pendek kata, source material memang banyak.
Plot tidak lagi akan berfokus kepada kemelut bebudak Loser’s Club yang telah berulang kali dipapar dalam kedua-dua versi filem (1990 mahupun remake 2017). Sebaliknya, siri TV terbaharu dikhabarkan akan menampil watak-watak lain dari generasi silam pekan Derry.
Kalian yang dah pernah baca novel tentu sedia maklum yang entiti keji ini wujud jauh sebelum pembukaan Amerika. Si badut Pennywise hanyalah sebentuk manifestasi moden.
Setakat info yang saya jumpa, siri TV ini dijangka mengandungi sejumlah 3 musim. Cuma pendekatannya sedikit aneh bila mana garis masa latar cerita setiap musim akan reverse satu generasi ke belakang sehingga mencecah tahun 1900.
Boleh jadi penonton akan dibawa menyelami sejarah mengapa sang entiti memilih untuk menyerupai badut sarkas kepala dongga.
error: Content is protected !!