Buat kalian yang belum bersedia membeli, siri buku Budak Meja Belakang kini boleh disewa baca dari kedai sewa buku Qreazant yang berpusat di Bangi.

Buat kalian yang belum bersedia membeli, siri buku Budak Meja Belakang kini boleh disewa baca dari kedai sewa buku Qreazant yang berpusat di Bangi.
Untuk tahun ini, saya hanya sempat siapkan sebuah buku. Sekuel Budak Meja Belakang. Bagi anda yang ingin mendapatkan Budak Meja Belakang: Pax Americana di PBAKL tahun ini, silalah ke reruai jualan Komrad di Dewan Tun Razak 4. Reruai (4089-4096). Cetakan ulangan buku pertama pun ada buat kalian yang belum memilikinya.
Tahun ini, Dubook Press bernaung di bawah Benderung Indie. Reruai jualan (4001-4008) serta (4026-4033) di dewan yang sama dengan Komrad. Menurut Bos Besar Dubook Press, buku Kuantum yang terpamer di PBAKL tahun ini berbaki sedikit lagi. Mohon kalian pakat kasi licin agar cetakan berulang layak dipertimbang. Andai kata tiada cetakan susulan, sekurang-kurangnya dah ada dalam koleksi anda.
Buat kalian yang tercari-cari buku Kertas-Kertas Yang Merubah Fikir (saya dah lama tak pegang stok), jangan lupa serbu reruai Jejak Tarbiah (4132-4133). Juga di Dewan Tun Razak 4, PWTC.
Selamat memborong!
#MalaysiaMembaca
Woohoo!
Detik yang dinantikan oleh para bibliofil semakin hampir.
Wahai warga zon selatan tanahair, silalah serbu.
Tandakan kalender anda.
Sekitar sebulan sahaja lagi!