Bengkel Pena Ke Pentas

Bengkel Pena Ke Pentas 2

Bengkel ‘Pena Ke Pentas’ anjuran Karangkraf berlangsung semalam (26 April 2025) hasil kolaborasi bersama pihak BooktubeMy. Sempena kedatangan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2025, kurang sebulan sahaja lagi.

Saudara Hafiz Latiff AKA Bangpis banyak berkongsi tentang protokol pentas (saya pegang mikrofon pun gagal). Sementara saudari Aisyah Saraji pula membimbing kami para penulis dalam hal pengendalian media sosial. Saya hadir sebagai peserta bengkel.

Bengkel Pena Ke Pentas 1
Sepanjang program yang padat, saya teruja berkenalan dengan ramai penulis berpengalaman daripada pelbagai latar. Ada yang semuda baya sekolah. Ada pula peserta veteren yang telah menulis puluhan buku. Terasa kerdil sungguh.

Setelah menghasilkan 6 buku solo semenjak 2012, tahun ini (andai sihat dan umur panjang) julung kali saya berpeluang turun padang sebagai penulis ke PBAKL. Teringin sangat hendak berjumpa dan bertegur sapa dengan rakan-rakan pembaca yang selama ini menyokong karier penulisan saya. Slot tarikh akan diumumkan kelak.

Sekiranya ditanya sama ada saya dah bersedia untuk PBAKL, mestilah tak. Kalaulah saya ada bela hantu raya, boleh juga hantar ‘dia’ selaku wakil. (Hmmm… a literal ghost writer. An interesting idea for the next book)

Kredit foto: Karangkraf

Sayembara FIXI 2025

Sayembara FIXI 2025

Selesai menyiapkan penyertaan sayembara DBP, sayembara FIXI misi seterusnya pula untuk tahun ini. Kurang daripada tiga bulan sahaja masa berbaki.

Sefaham saya, karya wajib dihantar PADA tarikh tutup 30 Jun. Makna kata, serahan terlebih awal pihak FIXI tak terima (menurut syarat-syarat penganjur yang saya pernah terbaca, tapi tak ingat di mana). Para peserta hanya perlu menghantar versi softcopy dalam bentuk Word Doc secara e-mel.

Buat kawan-kawan yang turut sama mencuba nasib, semoga berjaya menyiapkan manuskrip. Buat sesiapa yang baru maklum tentang kewujudan sayembara ini pula, masih sempat lagi (kalau dah ada draf dalam pembikinan).

Saya pun masih lagi berada di fasa outlining. Harap-harap sempat.

Jualan Big Bad Wolf Penang Julai 2019

Big Bad Wolf Sale Penang July 2019

Serigala Besaq Jahat dah sampai Penang, habaq hang!

Mai jangan tak mai! (Ada seminggu lagi)

Buku Budak Meja Belakang di Jualan Big Bad Wolf Penang Julai 2019
Siri Budak Meja Belakang di Jualan Big Bad Wolf Penang (Julai 2019). Foto kiriman saudari Khairani Yusuf.
error: Content is protected !!