Menyahut seruan kempen solidariti sempena bulan Ogos ini.
PBAKL 2025: Sesi Meet & Greet Hari Ini
Setinggi-tinggi terima kasih diucapkan kepada kawan-kawan lama (dan baharu) yang sudi hadir ke sesi Meet & Greet semalam di reruai Karangkraf sempena PBAKL 2025.
Saya tak ada jurukamera sendiri untuk minta tolong ambil gambar. Jadi, terpaksalah cilok daripada koleksi orang lain.



PBAKL 2025: Hari Ke-8
Tiga hari berbaki sebelum PBAKL 2025 melabuh tirai.
Saya akan berada di reruai Karangkraf esok (Sabtu, 31 Mei) dari jam 2:30 hingga 3:30 petang bagi sesi temu mesra & autograf buku.
Jumpa di sana, InsyaAllah.
PBAKL 2025: Hari Ke-2
Keluarga Karangkraf Literature (K-Lit) yang sedang meriah berkembang.
14 Judul dah terbit setakat Mei 2025. Grid disusun mengikut tertib giliran terbit (harap-harap saya tak tersilap
).

Jemput singgah ke reruai Karangkraf di Aras 3, Tun Razak Hall 3, World Trade Center KL sempena pesta buku yang akan berlangsung sehingga 1 Jun. Tambahkan judul-judul ini ke dalam koleksi anda.
Selamat membaca!
PBAKL 2025: Hari Pertama
Selamat membeli belah!