Kuantum di Kedai Buku – Suatu Refleksi

Kuantum siap cetak sekitar pertengahan November 2017. Namun begitu, stok buku agak lewat memasuki toko-toko buku utama serata Malaysia. Menurut pihak penerbit (Dubook Press), situasi ini normal buat buku-buku yang terbit sewaktu hujung tahun bila mana kedai-kedai buku mula menutup akaun tahunan bagi kerja kira-kira. Lantaran ini, Kuantum hanya boleh didapati secara eksklusif dari Dubook Store semasa peringkat awal.

Kuantum Shah Ibrahim Pertama Kali Masuk Carta
Detik pertama masuk carta Dubook Store (sumber foto: Dubook Press).

Dalam pada itu, respon terhadap cetakan pertama agak memberangsangkan. Seawal minggu yang bermula 11 Disember, Kuantum sudah mula memasuki carta mingguan Buku Paling Laris di Dubook Store. Secara konsisten, Kuantum megah berdiri dalam carta selama beberapa minggu. Alhamdulillah.

Kuantum Shah Ibrahim Konsisten Bestseller
Konsistensi Kuantum dalam carta mingguan Dubook Store (sumber foto: Dubook Press)

Berdasarkan maklumbalas daripada rakan-rakan pembaca menerusi kiriman gambar, Kuantum hanya mula dikesan di Kedai Fixi, Kinokuniya KLCC serta jaringan Times Bookstore menjelang Januari 2018.

Kuantum Shah Ibrahim Kedai fixi
Kuantum di Kedai FIXI (foto kiriman FIXI)
Kuantum Shah Ibrahim Kinokuniya
Kuantum di Kino (foto kiriman Emylia Md Nor)
Kuantum Shah Ibrahim Times Bookstore
Kuantum di Times Bookstore cawangan Kota Kinabalu (foto kiriman Ismail Shazli).

Sekitar pertengahan Februari, barulah Kuantum mula dijual di MPH Bookstores.

Kuantum Shah Ibrahim MPH Online
Kuantum boleh dibeli di MPH Bookstore secara online
Kuantum Shah Ibrahim MPH Alamanda
Kuantum dibuli Perempuan Rebel di MPH cawangan Alamanda (foto kiriman Puan Aziati Husna)

Oh, ya. Buku-buku terbitan Dubook Press tidak masuk Popular Bookstores (andai ada yang tertanya-tanya).

Sebarang komen/pertanyaan?