Welcome to Derry
Penyertaan Sayembara Dewan Bahasa Dan Pustaka 2024/2025
Alhamdulillah, penyertaan sayembara berjaya siap. Sempat dihantar secara serahan tangan sebelum tarikh tutup hujung minggu ini. Saya tak berani ambil risiko pakai khidmat kurier. Pertama kali juga saya menjejakkan kaki di bangunan DBP.
Manuskrip pada asalnya terbabas melebihi had maksimum 50,000 patah perkataan. Jenuh sungguh proses self-edit. Saya tak nampak cara untuk memendekkan lagi ayat-ayat sedia ada. Maka, beberapa bab terpaksa dibuang.
Moga-moga ada rezeki dalam Sayembara kali ini. Persaingan pasti sengit. Kalau tak menang saguhati sekalipun, harap-harap masih ada peluang untuk menerbit di bawah jenama Dewan Bahasa dan Pustaka (suatu hari kelak). Amin…
Buat kawan-kawan yang sedang berusaha menyiapkan manuskrip, saya doakan segala urusan kalian dipermudahkan.
Sayembara Penulisan Kreatif Dewan Bahasa & Pustaka 2024/2025
Kurang lebih seminggu sahaja lagi berbaki sebelum tarikh tutup kategori novel [31 Mac 2025]. Ada sesiapa dalam kalangan kawan-kawan yang mencuba nasib?
Aneh sekali, sayembara gah ini seakan kurang publisiti pula. Daripada pihak penganjur pun tiada apa-apa makluman perkembangan terkini. Tak pasti sama ada wujud lanjutan tarikh tutup memandangkan bertindan dengan cuti raya.
Apa-apa pun, grand prize RM30K!
Lebih daripada cukup untuk biaya kos pembedahan kosmetik di Thailand.

